| Tarikh Program | 22-11-2025 |
22 November 2025, Sarawak - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Makan Malam Alumni UPM Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming XIII, bersama para alumni UPM yang sentiasa menjadi nadi kekuatan universiti.
Dalam ucapan beliau telah menekankan bagaimana alumni berperanan sebagai ejen perubahan yang menggerakkan kemajuan universiti. Pelbagai bentuk sumbangan dapat diberikan daripada pemindahan ilmu dan jaringan industri, kepada mentorship pelajar, penajaan biasiswa, penyediaan latihan industri serta peluang kerjaya. Alumni juga menjadi penyokong penting melalui endowment dan dana pembangunan.
Selain itu, kerjasama alumni dalam penyelidikan, pembangunan teknologi dan hubungan antarabangsa turut memperkukuh ekosistem inovasi universiti. Kejayaan mereka di pentas global membantu meningkatkan reputasi UPM, mempengaruhi kedudukan ranking, dan menarik minat pelajar antarabangsa ke Malaysia.