Tarikh Program | 10-07-2024 |
10 Julai 2024, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Makan Malam sempena Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi-Jing yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Han Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan Jabatan Warisan Negara.
Turut hadir,YBhg.Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara,Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan dan Agensi.