Majlis Makan Malam Solidariti 2022
Maklumat Program
Tarikh Program |
23-09-2022 |
23 September 2022, Sarawak - Majlis Makan Malam Solidariti 2022 berlangsung dalam suasana penuh harmoni bagi meraikan lawatan kerja Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique dan rombongan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ke negeri Sarawak.
Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak ini bukan sahaja dapat mengukuhkan ukhwah malah dapat mengeratkan hubungan perpaduan yang terjalin. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB
Datuk Seri Hajjah Fatimah selaku tuan rumah bagi program yang cukup bermakna ini.
Turut hadir adalah YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN dan Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs Dr. Kang Tong Hum.