Tarikh Program | 31-10-2022 |
31 Oktober 2022, Kuala Lumpur - Hari ini, buat julung kalinya Kementerian Perpaduan Negara telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). KPN amat berbesar hati untuk terus menjalinkan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak agar usaha-usaha memperkukuh agenda perpaduan negara dapat digerakkan secara bersama dengan berkesan.