Tarikh Program | 27-05-2024 |
27 Mei 2024, Johor Bahru - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Negara Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2024. MExUnity dianggotai oleh barisan EXCO Perpaduan Negeri dan EXCO Hal Ehwal Agama Selain Islam.