SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Pelancaran Buku P. Ramlee Ikon Integriti, Perpaduan dan Patriotisme

Majlis Pelancaran Buku P. Ramlee Ikon Integriti, Perpaduan dan Patriotisme

Maklumat Program

Tarikh Program 04-06-2026
WhatsApp Image 2026 06 04 At 124042 1

4 Jun 2026, Kuala Lumpur - YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku P. Ramlee Ikon Integriti, Perpaduan dan Patriotisme bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.

Penerbitan buku ini merupakan satu usaha penting dalam mengangkat legasi seniman agung negara, P. Ramlee, yang bukan sahaja terkenal melalui karya seni dan filemnya, malah turut menjadi simbol nilai integriti, perpaduan serta semangat patriotisme yang merentasi pelbagai kaum, agama dan generasi. Nilai-nilai murni yang diketengahkan menerusi karya beliau terus relevan dan menjadi inspirasi dalam membentuk masyarakat yang harmoni serta bersatu padu.

Majlis pelancaran ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembinaan sebuah negara bangsa yang berteraskan nilai kemanusiaan, hormat-menghormati, ihsan dan perpaduan. Semangat yang dibawa oleh P. Ramlee melalui karya-karyanya mencerminkan hasrat Malaysia MADANI untuk memperkukuh hubungan antara rakyat berbilang kaum dan budaya, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh jati diri nasional demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet