Tarikh Program | 29-05-2025 |
29 Mei 2025, Selangor - Majlis Pelancaran Kembara Jubli Emas KRT telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di perkarangan Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat.
Program ini diadakan sempena Sambutan 50 Tahun Rukun Tetangga sebagai inisiatif untuk memperkukuh ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta mengangkat peranan komuniti setempat dalam merealisasikan agenda kesejahteraan sosial negara.