Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Projek Ekonomi Komuniti Rukun Tetangga : Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai
Maklumat Program
Tarikh Program |
30-01-2023 |
30 Januari 2023, Rawang - Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di bawah Program Pemerkasaan Projek Ekonomi Komuniti KRT di KRT Ivory 1, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Projek kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dengan BioLestari ini akan dilaksanakan secara rintis melibatkan 94 KRT di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
YB Menteri turut menyampaikan Sijil Rakan Strategik Perpaduan kepada wakil BioLestari, YBhg. Professor Dr Nor Hisham Hamid, Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS. Dalam majlis yang sama, Datuk Aaron telah menyerahkan Starter Kit daripada BioLestari kepada Pengerusi-Pengerusi KRT Negeri Selangor, WP Kuala
Lumpur dan WP Putrajaya.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs. Dr Kang Tong Hum, Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato' Hjh Norison Ramli, Pengarah JPNIN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs Dr.Beh Sang How, Pengarah JPNIN Selangor, YBrs. Tuan Burhanuddin Hj Daud dan pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi.