Tarikh Program | 18-12-2024 |
18 Disember 2024, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengaktifkan Skuad Ihsan MADANI dengan keanggotaan seramai 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Perpaduan Negara (KPN), jabatan dan agensinya dibawahnya.
Majlis pelancaran Skuad Ihsan MADANI KPN telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di pekarangan lobi KPN, hari ini.
YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen Kementerian Perpaduan Negara dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti, dan empati dalam kalangan masyarakat. Pasukan ini bukan sahaja berfungsi sebagai sokongan kepada usaha-usaha perpaduan, tetapi juga sebagai medium untuk mendekati komuniti secara langsung dan menawarkan bantuan secara cekap serta menyeluruh.