| Tarikh Program | 02-11-2025 |
2 November 2025, Sarawak - Pesta Kanowit dilihat berjaya menjadi platform penyatuan masyarakat tanpa mengira latar belakang etnik, agama mahupun budaya. Perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi satu gaya hidup yang mesti diterjemahkan melalui rasa Faham, Hormat, Terima dan Meraikan Kepelbagaian. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Dato’ Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2025.
Pesta ini turut mempromosikan Daerah Kanowit sebagai satu tarikan pelancong luar bandar. Slogan “Where Memories Are Made” menggambarkan bahawa pesta ini menawarkan pelbagai pengalaman bermakna yang akan meninggalkan 1,001 kenangan indah buat setiap pengunjung yang hadir.
YB Dato’ Sri Aaron dalam ucapannya berkata, “Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan mengangkat pembinaan Negara Bangsa sebagai aspirasi baharu dalam memupuk perpaduan rakyat ke arah sebuah negara yang harmoni.