| Tarikh Program | 12-07-2026 |
12 Julai 2026, Terengganu - YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Pulau Bidong: Kisah Kemanusiaan dan Kedaulatan Negara bertempat di Dewan Batu Bersurat, Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Majlis Pengkisahan Sejarah Pulau Bidong: Kisah Kemanusiaan dan Kedaulatan Negara adalah sebuah program yang mengangkat sejarah Pulau Bidong sebagai khazanah berharga negara serta mengimbau nilai kemanusiaan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan sejarah Malaysia.
Dalam ucapan beliau turut berkata agar Majlis Pengkisahan Sejarah ini dapat memperkukuhkan kesedaran seiarah sama ada di peringkat nasional mahupun dalam kalangan masyarakat setempat.
YBhg. Dato' turut berharap agar program ini menyemarakkan kesedaran bahawa sejarah dan warisan merupakan khazanah yang menyatukan rakyat serta menjadi asas kukuh dalam pembinaan jati diri negara. Dengan menghargai dan memelihara warisan yang diwariskan kepada generasi akan datang, seluruh masyarakat dapat terus memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang teguh, inklusif serta berdaya tahan.