SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Penutupan 33rd Green Summer Volunteer Campaign 2026

Majlis Penutupan 33rd Green Summer Volunteer Campaign 2026

Maklumat Program

Tarikh Program 15-08-2026
WhatsApp Image 2026 08 16 At 213550

15 Ogos 2026, Vietnam- Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diketuai oleh YBhg.Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara telah menghadiri Majlis Penutupan 33rd Green Summer Volunteer Campaign 2026 yang berlangsung di University of Social Sciences and Humanities (USSH).

Dalam ucapan penutupan, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para sukarelawan atas dedikasi dan komitmen sepanjang 26 hari misi, yang menyaksikan para sukarelawan keluar daripada zon selesa, merentasi sempadan, menyesuaikan diri dengan komuniti baharu serta bersama-sama berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau turut menekankan kepentingan people-to-people diplomacy dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan Vietnam, khususnya apabila pelajar bertemu pelajar, komuniti menerima komuniti dan golongan muda daripada kedua-dua negara bekerja bersama, berkongsi pengalaman serta membina persefahaman.

Turut berucap pada majlis tersebut, Comrade Nguyen Minh Son, Timbalan Setiausaha dan Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh, menegaskan bahawa aktiviti kesukarelawanan antarabangsa di Ho Chi Minh bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat, malah turut memupuk persahabatan, persefahaman dan hubungan erat dalam kalangan belia dari pelbagai negara.

Pada misi kali ini, seramai 48 pelajar Malaysia, bersama lebih 150 ahli Kesatuan Belia, golongan muda dan pelajar Vietnam, 15 sukarelawan Indonesia, serta sukarelawan dari Laos dan Kemboja telah menyertai pelbagai aktiviti di seluruh bandar, menyemarakkan semangat perkongsian, tanggungjawab dan solidariti antarabangsa.

Program ini turut menampilkan sesi perkongsian antara sukarelawan Vietnam dan Malaysia serta wakil belia dari Shanghai, China, yang membuka lebih banyak ruang untuk pertukaran pengalaman, pembelajaran dan kerjasama dalam kalangan belia antarabangsa.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet