Tarikh Program | 20-09-2024 |
20 September 2024, Kuala Lumpur - Majlis Penutupan Konvensyen Sejarah Dan Perpaduan Nasional 2024 "Menelusuri Sejarah: Membina Perpaduan Negara Bangsa telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad.
Konvensyen yang telah berlangsung selama dua hari ini telah menggabungkan tokoh pembicara dan moderator dari kalangan sejarawan dan bukan dari kalangan sejarawan. Seramai 454 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan etnik telah hadir ke konvensyen tersebut.