Tarikh Program | 28-04-2025 |
28 April 2025, Sabah - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Penutupan MADANI Berkhidmat : Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2025 di Kompleks Belia dan Sukan. Misi ini telah disertai oleh 100 orang sukarelawan siswa dan alumni bermula pada 12 April hingga 30 April 2025 di tujuh (7) kawasan di Sabah.
YB Datuk Aaron berkata, “Bagi Negeri Sabah, sehingga tahun ini, sebanyak 28 misi sukarelawan siswa telah dijalankan dengan penglibatan seramai 793 sukarelawan siswa. Mereka telah berjaya melaksanakan sebanyak 1,577 projek sukarelawan yang telah memberi manfaat kepada 189,064 komuniti di seluruh Sabah”.