| Tarikh Program | 07-12-2025 |
7 Disember 2025, Putrajaya - YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Penutupan Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Montaj sempena majlis pada kali ini turut disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara merangkumi pelbagai inisiatif daripada semua Kementerian yang terlibat.
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara,YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta pimpinan tertinggi perkhidmatan awam.