Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kewangan Kepada Rumah Ibadat Selain Islam
Maklumat Program
Tarikh Program |
06-07-2022 |
6 Julai 2022, Putrajaya -Petang ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kewangan Kepada Rumah Ibadat Selain Islam oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Majlis yang diadakan telah dihadiri oleh 92 wakil rumah ibadat daripada 10 buah negeri yang akan menerima geran untuk menjalankan pembaikan dan penyelenggaran supaya rumah ibadat berada dalam keadaan selesa dan selamat.
Semoga program bantuan ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan pihak pengurusan rumah ibadat di Malaysia malah dapat mengukuhkan perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Turut Hadir, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Dr. Kang Tong Hum, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, YBhg Dato' Hajah Norison Ramli, Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) En Raveendran Nair A/L Kesavan Nair, Pengarah Bahagian Kampung Baru Cina, Tuan Lim Shean Lee