Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kewangan kepada Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) Negeri Johor Tahun 2022
Maklumat Program
Tarikh Program |
16-11-2022 |
17 November 2022, Johor - Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kewangan kepada Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) Negeri Johor Tahun 2022 yang diadakan di Kluang, Johor telah disempurnakan oleh YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pada 17 November 2022.
Program ini adalah usaha berterusan Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu rumah ibadat selain Islam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk membantu dalam proses pembaikan dan penyelenggaraan agar rumah ibadat berada
dalam keadaan selesa dan selamat.
Seramai 24 wakil daripada Persatuan RISI telah menerima geran ini membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM1,525,000.00.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg.Dato' Hjh Norison Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.