Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Selain Islam (RISI)
Maklumat Program
Tarikh Program |
03-11-2022 |
6 November 2022, Kuala Lumpur - Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) telah diadakan pada 3 November 2022 bertempat di HGH Convention Centre Sentul, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadakan telah dihadiri oleh 69 wakil Persatuan RISI yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 5,589,000.00. Bantuan yang disediakan ini merupakan usaha berterusan Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu rumah ibadat selain Islam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan supaya rumah ibadah berada dalam keadaan selamat dan selesa. Pada majlis tersebut, teks ucapan YB Menteri Perpaduan Negara telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Indera Noridah bin Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Turut hadir adalah YBrs. Dr. Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.