Majlis Penyerahan Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor
Maklumat Program
Tarikh Program |
09-03-2022 |
9 Mac 2022, Johor- Majlis Penyerahan Geran Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia pada hari ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti, Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor. Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Ismail Sabri sendiri telah menyampaikan Geran kepada KRT-KRT yang aktif di seluruh negeri Johor.
Geran KRT ini merupakan inisiatif di bawah pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rakan Tetangga 2021-2030 di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Dengan peruntukan tersebut, KRT dapat melaksanakan peranannya secara lebih aktif dan berkesan untuk memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian komuniti Keluarga Malaysia.
Turut hadir YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara, YB Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YBhg Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementeria Perpaduan Negara ke Majlis Penyerahan Geran Rukun Tetangga Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia.