Majlis Penyerahan Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah dan Perlis
Maklumat Program
Tarikh Program |
26-03-2022 |
26 Mac 2022, Kedah- Majlis Penyerahan Geran Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia pada hari ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, KDN Anak Bukit, Kedah. Majlis yang berlangsung pada hari ini, telah dihadiri oleh 15 KRT yang aktif, 3 dari negeri Perlis dan selebihnya adalah wakil KRT Negeri Kedah.
Dalam majlis tersebut, 15 orang Pengerusi Rukun Tetangga Komuniti (KRT) Daerah telah menerima Geran KRT yang disampaikan oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara.
Majlis Penyerahan Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah dan Perlis tahun 2022 telah selesai berlabuh dengan kerjasama semua pihak.
Diharapkan dengan penyampaian geran ini dapat menaikkan semangat rakyat untuk terus aktif mengemudi KRT bagi membantu yang memerlukan dan menstabilkan harmoni setempat.