SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Penyerahan Kit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

Majlis Penyerahan Kit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

Maklumat Program

Tarikh Program 05-02-2026
WhatsApp Image 2026 02 04 At 154537 1

5 Februari 2026, Kuala Lumpur - Seramai 120,000 pelajar berusia dari 6 hingga 17 tahun di seluruh negara dijangka menerima manfaat daripada sumbangan set kit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dari sumbangan Yayasan Mr. DIY kepada Jabatan  Muzium Malaysia.

Majlis Penyerahan Kit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara di Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia.

Sumbangan ini diberikan bagi menyokong pengisian pelbagai program pendidikan dan aktiviti komuniti anjuran JMM, di bawah Kementerian Perpaduan Negara, sepanjang tahun 2026. Langkah ini bertujuan menjadikan muzium sebagai destinasi pilihan untuk pembelajaran interaktif yang mampu memperkasa minat kanak-kanak dan pelajar kepada STEM.

Melalui agihan 120,000 unit kit ini, JMM dan Yayasan MR. DIY komited untuk merapatkan jurang literasi sains dalam kalangan masyarakat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet