Majlis Penyerahan Peralatan Gerak Kerja Pasca Banjir KPN Prihatin Negeri Johor
Maklumat Program
Tarikh Program |
18-11-2022 |
18 November 2022, Johor - Pada 18 November 2022, Majlis Penyerahan Peralatan Gerak Kerja Pasca Banjir KPN Prihatin Negeri Johor telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Pusat RT Cares Kampung Kuari, Segamat. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Pegawai Daerah Segamat serta Puan Noraishah A.Jabbar, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor.
Menurut Datuk Halimah,
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menggerakkan pasukan Gerak Kerja Pasca Banjir ini di 7 negeri yang sering terjejas banjir iaitu Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan. Gerak kerja ini akan menumpukan kepada kerja-kerja pembersihan rumah penduduk dan kawasan yg terjejas, pengoperasian Dapur Komuniti KRT dan pemberian Kotak RT Cares. Pada majlis tersebut, peralatan pembersihan dan peralatan bagi pengoperasian dapur komuniti telah diserahkan kepada wakil Pusat RT Cares Daerah Segamat, Batu Pahat dan Mersing.