Majlis Penyerahan Peruntukan Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor
Maklumat Program
Tarikh Program |
01-11-2022 |
1 November 2022, Johor - Majlis Penyerahan Peruntukan Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor Darul Ta’zim telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor pada 1 November 2022.
Kementerian Perpaduan Negara membuat penyampaian bagi daerah-daerah di Johor, khusus bagi usaha memperkasa agenda perpaduan nasional melalui Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia.
YB Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi serta seluruh kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim di atas komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan program Semarak UNITI Keluarga Malaysia di peringkat Negeri Johor.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.