| Tarikh Program | 04-02-2025 |
4 Februari 2025, Kuala Lumpur - Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf dan Memulihara Peragaan Bangunan Galeria Sri Perdana oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur telah diadakan pada hari ini bertempat di Galeria Sri Perdana, Jalan Terengganu, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur.
Sesi menandatangani penyerahan projek adalah di antara pihak Kementerian Perpaduan Negara oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha bersama YBhg. Dato’ Norman bin Md. Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sesi tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dan YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).
YBhg. Datuk Seri KSU dalam ucapannya berharap Galeria ini akan menjadi lokasi utama yang akan dikunjungi oleh pelawat dari dalam negara terutamanya di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar di peringkat pengajian tinggi selain daripada orang awam yang mencintai warisan dan sejarah negara.