| Tarikh Program | 12-02-2026 |
12 Februari 2026, Kuala Lumpur - YBhg.Dato' Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan Muzium Diraja, Kuala Lumpur.
Bangunan bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan dan keagungan institusi Raja Berperlembagaan, malah turut menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa penting dalam perjalanan pembangunan negara.
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan pemeliharaan warisan fizikal ini dilaksanakan secara berterusan dan berhemah. Semoga segala usaha yang digerakkan akan memberikan impak yang signifikan dalam memperkukuh jati diri bangsa, memelihara kesinambungan sejarah negara, serta memperteguh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.