| Tarikh Program | 01-11-2025 |
1 November 2025, Perlis - Menjunjung setinggi - tinggi kasih atas limpah perkenan Duli - Duli Tuanku atas keberangkatan ke Majlis Perasmian Fiesta Uniti Muzium Kota Kayang & Rumah Hijau (Rumah Keputeraan DYMM Raja Perlis).
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah menganjurkan Fiesta@Uniti Muzium Kota Kayang sebagai satu daripada usaha menjadikan muzium sebagai ruang hidup yang mendekatkan rakyat dengan warisan, sejarah dan tamadun bangsa.
Muzium harus tampil sebagai platform dialog antara generasi dan budaya, yang mempertemukan kepelbagaian pengalaman rakyat Malaysia di bawah satu payung identiti nasional. Peranan di amat penting bagi memastikan sejarah bukan sekadar dikenang, tetapi dihayati dan dijadikan panduan dalam membina masa depan yang lebih bersatu dan progresif.