Tarikh Program | 26-10-2024 |
26 Oktober 2024, Selangor - Karnival Liga Sukan Uniti Peringkat Kebangsaan 2024 mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan hampir 23,000 orang peserta daripada 2,300 pasukan di seluruh negara.
Majlis Perasmian Karnival Liga Sukan Uniti Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Uptown Sports Bangi, Selangor hari ini.
Sebanyak tiga (3) jenis sukan dipertandingkan selama dua (2) hari karnival ini berlangsung iaitu Bola Jaring, Badminton dan Futsal Selain itu, buat julung kalinya pada tahun ini, penyertaan Liga Sukan Uniti diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.