SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian Kick Off Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) Peringkat Kebangsaan 2025

Majlis Perasmian Kick Off Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) Peringkat Kebangsaan 2025

Maklumat Program

Tarikh Program 25-06-2025
WhatsApp Image 2025 06 25 At 174922

25 Jun 2025, Terengganu – Majlis Perasmian Kick Off Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) Peringkat Kebangsaan 2025 telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara bertempat di Muzium Negeri Terengganu.

Program yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan usaha Jabatan Muzium Malaysia untuk terus memperkasakan fungsi dan peranan institusi permuziuman negara setaraf dengan praktis muzium-muzium lain di dunia yang menjadikan muzium sebagai platform pendidikan tidak formal.

Program IPIM pada tahun 2025 ini melibatkan penyertaan oleh 41 buah muzium di Malaysia merangkumi muzium persekutuan, muzium negeri dan muzium institusi yang boleh disertai oleh semua murid tahun 4, 5, 6, pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dan siswa Institut Pendidikan Guru (IPG).

Terdapat (5) sesi dalam pelaksanaan program IPIM iaitu sesi taklimat oleh pegawai muzium, sesi PdP oleh guru, sesi lawatan berpandu ke galeri, sesi pengukuhan dan akhir sekali sesi refleksi bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Razali Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mewakili Menteri Besar Terengganu dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd. Azam bin Ahmad (Sektor Pembangunan Profesionalisme mewakili Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet