SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian KIOSK@KRT Progresif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Endah

Majlis Perasmian KIOSK@KRT Progresif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Endah

Maklumat Program

Tarikh Program 10-11-2026
KIOSK 3

10 November 2026, Selangor - Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid telah menyempurnakan Majlis Perasmian KIOSK@KRT Progresif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Endah, Kuala Langat, Selangor hari ini.

Inisiatif KIOSK@KRT Progresif merupakan usaha Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam memperluas promosi dan jualan produk komuniti KRT, sekali gus memperkasakan ekonomi setempat serta membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat.

Sebagai permulaan, sebanyak empat KIOSK KRT telah diwujudkan pada tahun 2026 melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan.

Dalam ucapannya, Dato’ Haslina berharap agar KIOSK ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai platform untuk mengembangkan potensi ekonomi komuniti, memperkukuh jaringan keusahawanan dan menggalakkan penduduk menyokong produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh komuniti setempat.

Program ini turut diserikan dengan sesi tinjauan ke projek ekonomi komuniti KRT termasuk tanaman nanas serta Program Ziarah Kasih bagi menyantuni masyarakat setempat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet