| Tarikh Program | 11-10-2026 |
11 Oktober 2026, Perlis - Penganjuran Liga Sukan Uniti (LSU) bukan sekadar menggalakkan masyarakat bersukan malah turut memelihara warisan budaya dan memperkukuh hubungan antara rakyat. Perkara tersebut dinyatakan oleh YBhg Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Liga Sukan Uniti (LSU) Tahun 2026 Peringkat Zon Utara hari ini.
Penganjuran LSU Zon Utara kali ini membawa keistimewaan tersendiri dengan gabungan dua kategori sukan berbeza iaitu Sukan Rakyat Tradisional di kawasan bersejarah Muzium Kota Kayang dan Sukan Moden di D’ Futsal Centre, Kangar.
YBhg Dato’ Haslina binti Abdul Hamid dalam ucapannya berkata, “Pendekatan ini memberi ruang kepada masyarakat untuk mengenali permainan warisan, di samping menyertai aktiviti sukan yang menjadi pilihan generasi masa kini. Kita mahu melahirkan generasi yang aktif dan berdaya saing, tanpa melupakan akar budaya serta tanggungjawab bersama dalam membina negara bangsa yang bersatu padu”.