Tarikh Program | 25-07-2024 |
25 Julai 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Perasmian Pameran Raja Kita Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Pameran ini juga diadakan sebagai satu inisiatif untuk mengangkat Institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan agar ia terus terpelihara sebagai lambang kedaulatan yang memayungi setiap rakyat negara ini.
Pameran Raja Kita pada kali ini menghimpunkan lebih kurang 272 koleksi. Ini akan membolehkan rakyat menghayati Institusi Yang di-Pertuan Agong di samping mengenali dengan lebih dekat lagi keperibadian Baginda Tuanku sekaligus menyemarakkan lagi slogan “Raja dan Rakyat berpisah tiada”.
Turut hadir, YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.