Tarikh Program | 24-10-2024 |
24 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Sesi Pembentangan Rumusan Perancangan Komunikasi KPN 2025 dan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Perancangan Strategik Komunikasi Korporat Kementerian Perpaduan Negara serta Agensi bagi tahun 2025 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Bengkel Perancangan Strategik Komunikasi Korporat Kementerian Perpaduan Negara dan Agensi bagi tahun 2025 ini diadakan untuk merancang Hala Tuju Komunikasi KPN bagi 2025 agar selari dengan visi dan misi Kementerian dalam memastikan dasar perpaduan negara akan terlaksana.