Tarikh Program | 12-05-2024 |
12 Mei 2024, Pulau Pinang - Majlis Perasmian Penutup Program Kenangan P.Ramlee: “Aku, Dia dan Lagu” telah diadakan di Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang dan dirasmikan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami , Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada hari ini.
Tema “Aku, Dia dan Lagu” bertujuan sebagai apresiasi terhadap sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam bidang seni tanah air terutamanya seni muzik dan perfileman.
Program Minggu Kenangan P. Ramlee: “Aku, Dia dan Lagu” meliputi aktiviti seperti Lawatan Berpandu ke Galeri dan Rumah Kelahiran P. Ramlee, Seminar Pemikiran P.Ramlee: “Sepanjang Riwayatku”, Festival P.Ramlee: “Tanya sama Hati” (kerjasama dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang), Ceramah Perdana: “Berkorban Apa Saja”, dan Larian dan kayuhan “Uda dan Dara” atau P. RamleeThe Legend Run dan P. Ramlee The Legend Ride.
Program seumpama ini diharapkan menjadi pendorong kepada generasi muda untuk mencontohi usaha Tan Sri P. Ramlee agar terus maju ke hadapan dalam memartabatkan industri seni negara.