| Tarikh Program | 11-08-2026 |
11 Ogos 2026, Pahang - Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dipelajari, dihargai dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 dan Program Arkib@Sekolah.
Menariknya, melalui Program Arkib@Sekolah, sekolah bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi turut menjadi ruang untuk anak-anak mengenali sejarah, menghargai warisan dan memahami perjalanan negara yang dibina bersama. Galeri dan sudut sejarah yang diwujudkan menjadi ‘jendela masa’ yang menghubungkan generasi hari ini dengan kisah perjuangan, kejayaan dan pengalaman terdahulu.
Apabila anak-anak mengenali sejarah negara, mereka akan lebih menghargai kepelbagaian, memahami pengorbanan dan menyedari bahawa Malaysia yang kita nikmati hari ini dibina oleh kita semua. Inilah usaha kecil yang meninggalkan makna besar membina generasi yang mengenal sejarah, menghargai warisan dan bersama-sama membina Negara Bangsa.