SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian Program MADANI Kita Bersama KRT

Majlis Perasmian Program MADANI Kita Bersama KRT

Maklumat Program

Tarikh Program 24-06-2026
WhatsApp Image 2026 06 24 At 230232

24 Jun 2026, Johor Bahru - Kementerian Perpaduan Negara menyambut baik dan merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas pengumuman kenaikan Geran Tahunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000, berkuat kuasa mulai Januari 2027, yang diumumkan pada 24 Jun 2026 semasa Majlis Perasmian Program MADANI Kita Bersama KRT.

Pengumuman ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap sumbangan dan peranan KRT sebagai institusi komuniti yang telah menjadi pemangkin perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama lebih lima dekad. Kenaikan geran ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh gerakan akar umbi yang menjadi nadi kepada pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan progresif.

Kini, sebanyak 8,659 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara dan terus menjadi tulang belakang kepada usaha memupuk semangat kejiranan, memperkukuh perpaduan serta memastikan kesejahteraan komuniti setempat. Di bawah Kementerian Perpaduan Negara, gerakan komuniti ini telah diperkasa melalui pelbagai inisiatif yang melibatkan kira-kira 215,000 anggota JK KRT, memberi manfaat kepada lebih 12 juta rakyat Malaysia, dengan pelaksanaan melebihi 100,000 aktiviti komuniti sepanjang tahun lalu.

Kenaikan geran tahunan ini dijangka akan melonjakkan lagi kapasiti dan keupayaan KRT untuk melaksanakan program yang lebih berimpak tinggi, termasuk aktiviti perpaduan, pembangunan komuniti, kebajikan, pendidikan, keselamatan kejiranan, kesukarelawanan serta pemerkasaan ekonomi setempat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet