SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Rukun Tetangga Tahun 2024

Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Rukun Tetangga Tahun 2024

Maklumat Program

Tarikh Program 02-12-2024
WhatsApp Image 2024 12 04 At 153247

2 Disember 2024, Selangor - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Rukun Tetangga Tahun 2024 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Program seminar ini bermula dari 2 hingga 3 Disember 2024 yang meliputi sesi pengisian yang terdiri daripada pelbagai pihak seperti Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia, Institut Keusahawanan Negara dan pihak swasta.

Semasa majlis ini juga, turut dilancarkan Gerak Kerja Pengurusan Bencana yang akan diterajui oleh Skuad Uniti. Skuad Uniti bersama-sama Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela akan berganding bahu untuk memberi bantuan melalui kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas, penyediaan makanan melalui Dapur Komuniti KRT serta pengumpulan dan agihan sumbangan barangan keperluan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet