Tarikh Program | 13-07-2024 |
13 Julai 2024, Perak - Program Semarak @Muzium Perak 2024 secara rasminya telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara sempena Pameran Sundang: Seni dan Kuasa bertempat di Muzium Perak, Taiping.
Program Semarak@Muzium merupakan signature program Jabatan Muzium Malaysia dan merupakan salah satu pengisian utama Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping (1874-2024) seiring dengan tahun Melawat Perak 2024. Pada masa yang sama, YBrs. TKSU KPN meluangkan masa menyertai sesi walkabout ke reruai pameran dan jualan, dan Galeri Pameran Sundang Seni dan Kuasa.
Turut serta dalam program ini adalah Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Encik Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, dan Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping.