Tarikh Program | 05-11-2024 |
5 November 2024, Putrajaya - Selesai merasmikan Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-52, YBhg.Datuk Seri Hj.Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya.
Penubuhan Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya adalah sebagai satu testimoni untuk menyelesaikan konflik secara aman dan berhemah bertujuan untuk menyediakan platform yang aman bagi menyelesaikan konflik antara individu atau kumpulan dalam komuniti.
Sehingga ke hari ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mempunyai lapan Pusat Mediasi Komuniti yang mana empat daripadanya adalah merupakan peluasan Pusat Mediasi Komuniti termasuklah di Putrajaya.
Penubuhan Pusat Mediasi Komuniti WP Putrajaya merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Perbadanan Putrajaya Jabatan Wilayah Persekutuan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.