| Tarikh Program | 05-11-2025 |
5 November 2025, Perak - Majlis Perasmian Sambutan Bulan Integriti Nasional Tahun 2025 telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Hari Integriti Nasional yang disambut setiap tahun pada 5 November menjadi wadah penting dalam memperkukuh budaya integriti dalam kalangan rakyat.
Majlis pada hari ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan integriti menjadi tunjang utama dalam setiap aspek pentadbiran dan kehidupan bermasyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan prinsip kejujuran, keadilan dan amanah sebagai asas kemakmuran negara.