SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian Semarak Muzium Lukut

Majlis Perasmian Semarak Muzium Lukut

Maklumat Program

Tarikh Program 25-02-2024
428620186 793670719454493 1801983856015159453 N

23 Februari 2024, Lukut – Majlis Perasmian Semarak Muzium Lukut anjuran Jabatan Muzium Malaysia telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah TengkuZamrah Bt Tengku Sulaiman, Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Program Semarak @Muzium Lukut ini merupakan salah satu program signature dalam kalender Jabatan Muzium Malaysia yang diadakan selama dua (2) hari bermula 24 hingga 25 Februari 2024.

Objektif utama program ini adalah untuk menyebarkan kepada masyarakat mengenai sejarah, budaya dan warisan Kota Lukut dan Muzium Lukut sebagai pusat informasi yang menceritakan tentang sejarah Lukut, menjalinkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan swasta serta NGO, memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan dan memasarkan produk melalui aktiviti jualan dan demonstrasi serta membudayakanmasyarakat untuk mengunjungi muzium.

Pelbagai pengisian aktiviti menarik disediakan kepada para pengunjung sepanjang program Semarak @Muzium Lukut antaranya Senaman Perpaduan (Tai Chi) Senam Seni, Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan Busana Cilik Perpaduan, Persembahan Tarian Tradisional kanak-kanak, Pertandingan Karaoke, Fun Walk bertemakan Sarong, Demonstrasi Kaligrafi (Jawi/Cina), Pertunjukan Boneka dan Jejak Warisan Kota Lukut memfokus pada sejarah Kota Lukut.

Turut bersama-sama dalam majlis perasmian, YBrs Encik Mohamad Sobri Md Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, YB Tuan Choo Ken Hwa, Ahli Dewan Undangan Negeri, Lukut dan YBrs Encik Mohd Razaimi bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet