Tarikh Program | 10-07-2024 |
10 Julai 2024, Putrajaya - Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa ‘Digital Records & Legal Admissibility 2024’ telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Hotel Everly, Putrajaya hari ini.
Seminar yang bermula dari 9 hingga 11 Julai 2024 ini bertujuan untuk mengumpulkan peserta tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan pelbagai aspek rekod digital dan kebolehterimaan undang-undang mereka.
Turut hadir, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) dan YBrs. Dr Fazidah binti Abu Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN).