Majlis Perasmian Seminar ‘Kapal Mendam Berahi : Realiti atau Mitos?’
Maklumat Program
Tarikh Program |
19-06-2023 |
19 Jun 2023, Melaka -YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim telah hadir ke Majlis Perasmian Seminar ‘Kapal Mendam Berahi : Realiti atau Mitos?’ yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di Pertua Negeri Melaka.
Seminar ini telah berlangsung selama dua (2) hari pada 19 dan 20 Jun menghimpunkan penyelidik-penyelidik, ahli-ahli sejarah dan juga ilmuan dalam satu platform bagi mengetengah dan mengupas hasil kajian,
penyelidikan serta dapatan mereka terhadap ‘Kapal Mendam Berahi’.
Seminar ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dibawa ini bertujuan untuk merungkai persoalan terhadap isu-isu yang melibatkan kewujudan, reka bentuk mahupun fungsi Kapal Mendam Berahi ketika era kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia akan terus mempergiat usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan negara melalui program-program kerjasama strategik dengan pelbagai pihak pada masa akan datang.