| Tarikh Program | 14-11-2026 |
14 November 2026, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Think Big Summit 2026 bertemakan “The Malaysian Dilemma: Kita Anak Malaysia” anjuran Malaysian Philosophy Society dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara di PAUM Clubhouse.
Kementerian Perpaduan Negara terus komited memperkasa agenda Pembinaan Negara Bangsa melalui pengukuhan jati diri nasional, semangat kebersamaan dan rasa tanggungjawab bersama demi melahirkan sebuah negara yang inklusif, harmoni dan bersatu padu.
Sehubungan itu, agenda Pembinaan Negara Bangsa terus menjadi fokus strategik Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkukuh jati diri nasional, menyemai semangat kebersamaan serta membina rasa tanggungjawab bersama demi masa depan Malaysia yang aman, bersatu padu dan harmoni.