SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara

Maklumat Program

Tarikh Program 21-10-2026
WhatsApp Image 2026 10 21 At 140500

21 Oktober 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) terus komited memperkukuh usaha pendokumentasian dan pemeliharaan naratif sejarah negara menerusi pelbagai perkembangan serta pencapaian yang konsisten setiap tahun. Perkara tersebut dikongsikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara yang berlangsung di Auditorium Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Bahan Audiovisual.

Pencapaian ini dibuktikan melalui pertambahan koleksi ANM yang konsisten dari tahun ke tahun dengan jumlah koleksi meningkat daripada RM3.14 juta fail daripada 2023 kepada 3.22 juta pada tahun 2026. Jumlah ini membuktikan usaha berterusan ANM dalam mengumpul, memelihara dan memperkayakan khazanah rekod negara agar terus menjadi sumber rujukan sejarah dan warisan untuk generasi akan datang.

Pada tahun lalu, ANM telah berjaya memperoleh 8,507 fail dari luar negara  khususnya rekod berkaitan Singapore, East Malaysia and Brunei, Malay States, Malaya dan Straits Settlements. Rekod-rekod ini penting agar menjadi sebahagian daripada sumber sejarah yang dapat membantu rakyat memahami perjalanan pembentukan negara. Selain itu, buat julung kalinya di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, Majlis Sejarawan Negara (MSjN) ditubuhkan yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet