SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 4 Tahun 2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 4 Tahun 2026

Maklumat Program

Tarikh Program 29-09-2026
WhatsApp Image 2026 09 29 At 124035 1

29 September 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mencadangkan agar bulan Oktober setiap tahun dijadikan sebagai bulan membaca dengan pelaksanaan kempen membaca secara lebih tersusun dan menyeluruh. Perkara tersebut diumumkan oleh YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 4 Tahun 2026.

Kempen ini selari dengan aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan 20202030 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030. Tambah beliau, PNM perlu terus mempergiat Program Galakan Membaca bagi membudayakan amalan membaca dan meningkatkan literasi. PNM perlu meneroka pendekatan lebih kreatif seperti di luar negara antaranya book cafe dan reading club, kempen membaca bersama pencipta kandungan dan influencer bagi menarik minat generasi muda. 

Menurut Aaron, berdasarkan Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) yang dilaksanakan oleh PNM, sehingga 7 September 2026, seramai 6,649 responden telah menyertai Kajian Awal IMK 2026, dengan dapatan sementara menunjukkan 95% merupakan pembaca aktif dan 47.8% membaca setiap hari ini. Dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan bahawa usaha membawa pulang warisan negara dari luar negara turut membuahkan hasil apabila misi Belanda dan Rusia berjaya mendokumentasikan 64 entri manuskrip Melayu dengan nilai perolehan salinan digital sebanyak RM465 ribu. Inisiaitif ini mencerminkan komitmen PNM untuk mengesan, mendokumentasi, menyelidik dan memperoleh semula khazanah manuskrip Melayu yang berada di dalam atau di luar negara. 

Sementara itu, YB Menteri turut berkongsi lima kisah kejayaan transformasi digital PNM iaitu penggunaan Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA di 506 Perpustkaan Desa PNM, Migrasi Sistem Perpustakaan kepada Polaris, Pembangunan AI Cateloger, Pendigilan Khazanah Negara dan Penambahbaikan Sistem Depositori PNM bagi serahan bahan born digital.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet