| Tarikh Program | 23-10-2025 |
23 Oktober 2025, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu (PAKAM) 2025.
Persidangan ini menghimpunkan 16 pembentang dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh kefahaman, memperkasa korpus, serta memupuk penyelidikan baharu dalam bidang karya agung Melayu pada era digital.
Marilah bersama-sama memupuk rasa cinta terhadap warisan bangsa, memperkukuh jati diri nasional dan memastikan khazanah ilmu serta budaya terus segar dalam arus kemajuan negara!
Turut hadir, YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.