Tarikh Program | 02-09-2025 |
2 September 2025, Kuala Lumpur – YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara berbesar hati menerima jemputan sebagai pembicara di Majlis Resensi Buku Thirukkural Bil 1/2025 di Perpustakaan Parlimen.
Objektif yang ingin dicapai menerusi pelaksanaan program ini adalah menyokong pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG) UNESCO, menyokong hasrat kerajaan ke arah Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) dalam menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan penjawat awam, meningkatkan ilmu pengetahuan tentang topik yang dibincangkan melalui perkongsian intipati daripada Ahli Parlimen dan memupuk amalan membaca serta perkongsian ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan Ahli Parlimen dan warga Parlimen Malaysia.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman.