SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022, Kementerian Perpaduan Negara

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022, Kementerian Perpaduan Negara

Maklumat Program

Tarikh Program 17-05-2022
281368988 375853034579330 3406151926059066843 N

17  Mei 2022, Putrajaya - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022, Kementerian Perpaduan Negara telah berlangsung di Dewan Damar Sari dengan suasana yang meriah. Warga Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), MITRA, Bahagian Kampung Baru Cina (BKBC) dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) turut menghadiri ke majlis bagi meriahkan Sambutan Hari Raya.

Kemeriahan Syawal yang dirai pada hari ini diserikan lagi dengan persembahan daripada Tabika Perpaduan Putrajaya yang mengenakan pakaian tradisional setiap kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, kumpulan muzik Balle-balle dijemput untuk menghiburkan para tetamu sepanjang majlis berlangsung. Tambahan pula, pelbagai gerai makanan tradisional yang menghidangkan lauk Aidilfitri juga disediakan oleh warga Kementerian Perpaduan Negara sempena memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan hidangan tradisi yang istimewa.

Kementerian juga amat teruja apabila YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sudi melapangkan masa hadir sama memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perpaduan Negara pada hari ini.
 
Antara Menteri Kabinet yang hadir sama memeriahkan majlis ini ialah YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato' Sri Shahidan Kasim, Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Wilayah, YB Datuk Jalaluddin bin Alias.
 
Turut hadir ialah YB Datuk Haji Awang Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, YB Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman, YBhg Dato Sri Dr Hj Irmohizam Ibrahim dan lain-lain kenamaan juga turut sama memeriahkan lagi sambutan ini melambangkan betapa indahnya semangat Perpaduan Keluarga Malaysia.
 
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet