| Tarikh Program | 26-02-2026 |
26 Februari 2026, Selangor- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan rakyatnya untuk hidup dalam suasana harmoni walaupun berbeza agama, budaya dan latar belakang.Menurut beliau, sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina bukan hanya perayaan sesuatu kaum, sebaliknya menjadi wadah untuk seluruh rakyat Malaysia saling mengenali, memahami dan menghormati tradisi antara satu sama lain.
Perdana Menteri turut menekankan bahawa perpaduan bukan sekadar slogan tetapi perlu diterjemahkan melalui dasar yang adil, peluang ekonomi yang saksama serta pendidikan yang inklusif. Beliau menyeru agar semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme, prejudis dan retorik perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara.