Tarikh Program | 17-07-2024 |
17 Julai 2024, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia dan Persatuan Penulis Tamil Iyal Malaysia telah menganjurkan Majlis Sumbangan Buku Kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Pelancaran Bank Buku Program ‘Dariku Untukmu’.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara secara hibrid di Aras 10, Menara PNM dan bersiaran langsung menerusi PNM TV Channel.
Senator Puan Saraswathy Kandasamy dalam ucapannya berkata “Satu Bank Buku akan diwujudkan di semua Perpustakaan Awam Negeri. Semua pihak boleh menyumbang buku-buku yang masih boleh digunakan dan sesuai untuk bacaan pelajar-pelajar SJKT di Bank Buku yang disediakan”.